Friday, 12 August 2016

LAPORAN MINGGU KE-6

TAJUK : AKTIVITI BEBAS
TARIKH : 6 OGOS 2016
MASA : 3.00 - 5.00 PTG
TEMPAT : DEWAN IBNU YUNUS


1.) Pihak KMKt telah memutuskan hari Sabtu, bersamaan 6 Ogos 2016 merupakan kelas ganti bagi cuti perayaan aidilfitri yang lalu. Semua pelajar diwajibkan menghadiri kelas dengan menggunakan jadual pada hari Ahad.

2.) Tepat jam 3.00 petang. para pelajar S1C berkumpul di  dalam Dewan Ibnu Yunus (DIY) bagi mengikuti kelas kokurikulum. Para pelajar dikehendaki beratur mengikut praktikum masing-masing. Para pensyarah kokurikulum memberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan.

3.) Para pensyarah kokurikulum memberi kelonggaran kepada para pelajar S1C untuk melakukan aktiviti bebas seperti bermain skuasy, badminton, bola keranjang, dan ping pong sepanjang waktu kokurikulum pada hari tersebut.

4.) Sebelum memulakan sebarang aktiviti, para pelajar dikehendaki melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan diri daripada kecederaan yang serius dan kekejangan otot. Para pelajar boleh mendapatkan dan merekod peralatan sukan yang diambil di stor sukan.


Para pelajar mendengar taklimat daripada pensyarah kokurikulum










Gelanggang skuasy


No comments:

Post a Comment