TAJUK:TUGASAN BANTU MULA
TARIKH:14.OGOS.2016
MASA:3.00-5.00 PETANG
TEMPAT:DEWAN IBNU YUNUS
1)Tempat jam 3.00 petang semua pelajar S1C berkumpul di dewan ibnu yunus untuk mengikuti kelas kokurikulum.Para pelajar dikehendaki beratur mengikut kelas masing -masing.
2)Pada minggu tersebut pensyarah telah memberi satu tugasan yang perlu dilakukan dengan kerjasama ahli kelas masing-masing untuk menyiapkan tugasan iaitu TUGASAN BANTU MULA dalam tempoh selama seminggu.
KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN
TAJUK : BANTU MULA
NAMA
PENSYARAH :MADAM NOORHAZLINA FAIRUZ BINTI FAUZI
TUTORAN : S1CT4
SENARAI NAMA
AHLI KUMPULAN
1. SYAMIL IZZUDIN BIN SAHAIMI MS1624637829
2. MUHAMMAD BIN BAHARUDIN MS1624638426
3. MOHAMMAD ZULHAKIM BIN MOHD NASIR MS1624671645
4. MAJDAH BINTI MHD RAHIM MS1624671548
5. DIYANAH BINTI MOHAIDIN
GANI MS1624671730
6. ANIS AQILAH BINTI MOHD
ROZI MS1624638350
7. MIMI HASMIDA BINTI DIN MS1624638130
8. NUR FARAHIYAH BINTI MOHD
ROSLAN MS1624638239
9. SURAYA BT MOHD DAN MS1624638840
10.
NAJWA SHAHADA BT AZMAN MS1624637760
11.
NUR KAMARIAH BT ABD. MALIK MS1624637834
PENGENALAN
Bantu
mula merupakan satu bidang pengajaran
yang memberikan pendedahan mengenai cara –cara menyelamatkan mangsa yang
mengalami kecederaan sebelum dihantar ke
hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.Kemahiran bantu mula ini merupakan
satu kemahiran yang harus dipelajari oleh semua pelajar.
OBJEKTIF
1.Mengenali ilmu bantu mula
2.Mengaplikasikan teori pembelajaran
dalam sesi praktikum.
3.Menyatakan rasional dan tindakan
lakuan bantu mula yang diberikan.
4.Penglibatan diri yang optimum dalam
kes kokurikulum
5.Kemahiran beromunikasi yang berkesan
A.
APAKAH PERBEZAAN DIANTARA KECEDERAAN PATAH DALAMAN DAN KECEDERAAN TERSELIUH.
Maksud Kepatahan
> Merupakan salah satu kecederaan
yang sering dialami oleh mangsa kemalangan.
Maksud
TERSELIUH
> Kecederaan pada sendi akibat
rentakkan yang kuat dan mengejut.

Patah tebahagi kepada
dua:
Patah
tertutup – tulang patah di dalam dan tiada
kecederaan kulit
Patah
terbuka – tulang yang patah
akan menonjol keluar pada permukaan kulit
Ciri-ciri patah
Patah
melarat – patah tulang yang mengakibatkan organ di sekelilingnya rosak.
Contohnya, paru-paru rosak disebabkan patah tulang rusuk atau kerosakan otak
disebabkan tengkorak pecah.
Patah
rebung – hanya sebahagian daripada tulang yang patah. Ia berlaku
apabila tulang kanak-kanak yang muda dan baru membesar itu cedera. Ia mungkin
kelihatan bengkok seperti ranting muda dan lembut.
Tanda-tanda patah
1.Sakit di tempat patah atau
berhampiran dengannya
2.Bengkak berserta lebam
3.Hilang daya pergerakan pada bahagian cedera
4.Perubahan rupa bentuk. Ini dapat dibandingkan di antara lengan tangan serta
kaki yang cedera dengan anggota yang tidak cedera
5.Wujudnya tanda-tanda renjatan
Apa yang perlu
dilakukan?
-Sokong dan ampu bahagian cedera dan elakkan gerakan pada bahagian tersebut
-Tutup mana-mana luka dengan kain bebat suci hama
-Sokong bahagian cedera dalam posisi yang sangat selesa. Jika patah lengan,
rehatkan bahagian tersebut menggunakan bantal atau kusyen
-Guna bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan seperti bebat jari
yang patah kepada jari di sebelahnya
-Dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera
Jenis- jenis PATAH
1. Patah tertutup
( kulit permukaan tidak luka)
2. Patah terbuka ( terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang)
3. Patah berkomlplikasi (melarat) ( kecederaan melibatkan tulang dan organ lain
seperti otak,paru-paru dan lain-lain)
4. Patah ranting muda ( terjadi di kalangan kanak-kanak)
5. Patah penghancuran ( tulang patah lebih dari dua)
6. Patah simple ( tulang patah dua sahaja)
Tanda-
tanda kecederaan tulang
1. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
2. Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
3. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
4. Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera
5. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
6. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot.
7. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.
Dalam Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat
daripada kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi
dipotong separuh pada bahagian 2 penjuru bertentangan.


Lipatan lebar - Lipat dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup
tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan.
Lipatan kecil - Lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka
kecil.
Lipatan pelapik - Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan
KERETAKAN TULANG
Tulang yang retak
ataupun pecah dipanggil patah. Biasanya amat sukar untuk mengenalpasti sama ada
tulang tersebut retak atau pecah. Jika ragu, kecederaan tersebut mesti dirawat
sebagaimana rawatan patah.
Punca Patah Tulang.
1.Kekuatan hentakan tepat (direct force) – patah berlaku ditempat yang menerima
hentakan
2.Kekuatan hentakan sipi (indirect force) - patah berlaku ditempat yang
menerima hentakan
TERKEHEL
Selepas sesuatu
pergerakan yang tidak semena-mena serta luar biasa, tulang di bahagian sendi
mungkin terkehel. Ia diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat serta bengkak.
Berkemungkinan hilang daya upaya di tempat cedera.
Kadang kala mungkin ada tulang yang cedera di bahagian tersebut atau
berhampiran dengannya.
Oleh itu, elakkan merawat tempat terkehel kerana ia akan menyebabkan kehilangan
daya rasa atau pergerakan oleh tekanan di atas urat saraf berhampiran atau
saraf saluran darah.
Apa yang perlu dilakukan?
1. Bantu pesakit
supaya berkedudukan dalam posisi yang sangat selesa
2. Tinggikan bahagian kecederaan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak
3. Jika berasa ragu, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah
4. Lakukan demahan sejuk atau pek ais. Letak demahan di atas tempat cedera
selama 20 minit untuk setiap 4 jam
2.
PATUTKAH APLIKASI “ICE” DIBERIKAN KEPADA MANGSA YANG MENGALAMI KECEDERAAN PATAH
TERBUKA.
Aplikasi ICE tidak perlu dilakukan kepada mangsa yang mengalami kecederaan patah terbuka.
PATAH TERBUKA
-tulang yang patah akan menonjol keluar pada permukaan kulit.
TANDA- TANDA PATAH
-sakit di tempat patah
-hilang daya pergerakan pada bahagian kecederaan
APA YANG PERLU DILAKUKAN?
-sokong dan ampu bahagian cedera dan elakkan pergerakan pada bahagian tersebut.
-sokong pada bahagian cedera dengan keadaan posisi yang selesa
-dapatkan rawatan dengan segera
3.APAKAH
IKATAN YANG SESUAI UNTUK MEMATIKAN IKATAN ANDUH.
4.APAKAH
MAKSUD ISTILAH T.O.T.A.P.S DAN R.I.C.E
T.O.T.A.P.S
adalah satu kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa
T
= Talk (Bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang mengalami
kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa . Tujuannya mengetahui
serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti “ Di mana
bahagian yg sakit / tempat tercedera? .....” “peringkat kesakitan ! Bagaimana
dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? .....” “boleh dengar atau tidak !”
O
= Observe (Melihat Keadaan)
Lihat, perhatikan dan periksa tempat
kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam,
bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan
nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan mangsa
T = Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan
dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota
badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh
bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.
A = Active Movement (Pergerakan Aktif)
Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan
anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan
tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa
bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar
perubatan dgn segera
P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)
Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat
menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita
hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian
yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap
kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula
jika pasti kecederaan tidak serius
S = Skill (Kemahiran)
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas
seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran
permainan yg mudah untuk memastikan tahap kecederaan yg dialami. Jika berasa
sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor
atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan
mangsa meneruskan aktiviti.
Definisi
RICE
RICE merupakan kepanjangan dari
Rest(istirahat), ice(ais), compression (kompresi), dan elevation(elevasi).
Komponen RICE mempunyai peranan masing masing kerana mempunyai fungsi tertentu
sehingga saling melengkapi untuk menangani cedera. Menangani kecederaan pada
masa ini sangat signifikan fungsinnya sebagai faktor penentu lamanya proses
kesembuhan mangsa. Apabila ada tindakan pertama yang salah dalam menangani
cedera, hal itu akan memberi kesan tempoh yang lama dan proses penyembuhan
kecederaan tersebut. Untuk itu prinsip RICE ini sangat penting dalam segala
jenis menangani kecederaan. Apakah kecederaan olahraga, kecederaan pekerjaan
ataupun kecederaan aktifitas keseharian. Perlaksanaan RICE sebagai berikut :
1.RICE pertama adalah Rest (rehat) yang bererti mengistirahatkan
fungsi bahagian extremitas yang cedera untuk mengurangkan kecederaan ataupun
penambahan kecederaan agar mangsa cedera tidak bertambah kesakitan. Oleh itu,
mangsa disarankan adalah istirahat.
2.RICE yang kedua adalah Ice(ais). Pemakaian medium ais sebagai
salah satu dari prinsip RICE adalah
sangat penting peranannya. Penggunaan ais sangat diperlukan saat kecederaan
terjadi. Kerana saat kecederaan pasti terjadi pembengkakan atau rosaknya
pembuluh darah. Dan penanganan yang tepat adalah dengan ais.
3.RICE ketiga adalah compression/kompresi. Kompresi merupakan
tindakan pembalutan bahagian yang cedera dengan bandage untuk menghindari
penumpukan cairan yang disebabkan oleh pembengkakan.
4.RICE yang terakhir adalah elevation/elevasi. Elevasi merupakan
komponen terakhir yang berfungsi atau bertujuan sebagai fasilitator suplai
darah melalui pembuluh darah melalui pembuluh darah balik (vena) dari
extremitas (lengan atau tungkai) kearah jantung. Pembengkakan di extremitas
biasanya terjadi kerana tidak lancarnya pembuluh darah balik tersebut.
5.NAMA DAN LABELKAN SECARA BERGAMBAR BAHAGIAN TULANG DI LENGAN HINGGA KE
JARI.