Thursday, 27 October 2016

Laporan Aktiviti Kokurikulum minggu ke -12

TAJUK : Taklimat tentang pembahagian markah kokurikulum
TARIKH :25 September 2016
MASA : 3.00-5.00 petang
TEMPAT : Dewan Ibnu Yunus

AKTIVITI - AKTIVITI

1) Para pelajar S1CT4 telah diberi taklimat tentang pembahagian markah KO . Pembahagian markah diberi berdasarkan penglibatan seseorang pelajar dalam aktiviti kokurikulum ataupun KO-akademik

2)Bagi pelajar yang mewakili kolej dalam mana - mana pertandingan, secara automatik pelajar tersebut akan mendapat markah penuh dalam subjek kokurikulum. Sebagai contoh, mewakili Kolej Matrikulasi Kelantan dalam Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) dan Kejohanan Berbasikal Matrix Challenge.

3)Para pelajar turut dibekalkan dengan kad kegiatan kokurikulum bagi memudahkan pelajar mencatat segala aktiviti kokurikulum yang disertai .

berikut adalah contoh kad kegiatan kokurikulum yang dibekalkan kepada pelajar








Saturday, 15 October 2016

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU KE-11

TAJUK                   : Taklimat tentang aktiviti yang akan berjalan sepanjang minggu tersebut di kolej.
TARIKH                 : 18 September 2016
MASA                     :3.00 petang -5.00 petang
TEMPAT                 :Dewan Ibnu Yunus

NAMA 
PENSYARAH          : Madam Noorhazlina Fairuz Binti Fauzi



AKTIVITI -AKTIVITI

1)Para pelajar kuliah S1C termasuk praktikum S1CT4 telah diberitahu tentang aktiviti yang akan diadakan dikolej matrikulasi kelantan sepanjang minggu itu tersebut.

2)Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Perkhemahan Bersepadu ,Horse Endurance Merdeka dan Fitmalaysia.

3)Perkhemahan bersepadu akan berlangsung di Bukit Keluang,Terengganu.Perkhemahan ini telah melibatkan peserta seramai 140 orang termasuk lelaki dan perempuan.

4)Horse Endurance pula akan berlangsung di kolej ini.Kolej ini telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi acara ini.Acara ini telah membabitkan sukarela yang terdiri daripada pelajar kolej ini.

5)Fit Malaysia diadakan di Sekolah Menengah Sains Machang terletak di  Machang.Seramai 40 orang telah dipilih untuk menyertai aktiviti ini dan sebanyak 20 orang lelaki,20 orang perempuan.








Selepas daripada taklimat itu,semua pelajar dibenarkan untuk bermain permainan mengikut kehendak masing masing.


Kemudian,tepat jam 5 petang semua pelajar dibenarkan bersurai.

Monday, 19 September 2016

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU KE -10

Tajuk    : Ativiti  kawad kaki & Riadah
Tarikh  : 4/9/2016
Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Dewan Ibnu Yunus
Nama Pensyarah : Madam Noorhazlina
                                   Fairuz Binti Fauzi
Penglibatan : Semua pelajar S1CT4

AKTIVITI - AKTIVITI

1.Para pelajar S1C termasuk pelajar S1CT4   berkumpul di dalam Dewan Ibnu Yunus     tepat jam3.00 petang. Para pelajar duduk dalam barisan kelas masing-masing. Para pelajar mendengar  taklimat   daripada pensyarah dengan khusyuk  .




2.Para pelajar membuat barisan lurus mengikut kelas . Seorang pelajar telah dipilih secara rawak untuk menjadi komander.Pelajar- pelajar berkawad penuh semangat.

  



3.Selesai sahaja aktiviti berkawad,para pelajar dibenarkan melakukan aktiviti riadah .










4. Tepat jam 5.00 petang, para pelajar dibenarkan pulang.

Sunday, 11 September 2016

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU KE-9


KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN SESI 2016/2017

TAJUK      :AKTIVITI KAWAD KAKI DAN RIADAH
TARIKH   :28 OGOS 2016
MASA       :3.00 PETANG - 5.00 PETANG
TEMPAT   :DEWAN IBNU YUNUS
NAMA PENSYARAH:NOORHAZLINA FAIRUZ BT FAUZI
PENGLIBATAN:SEMUA PELAJAR SIC DAN PENSYARAH-PENSYARAH KOKURIKULUM

OBJEKTIF
1.Memupuk sifat patuh kepada arahan ketua.
2.Melahirkan individu yang sentiasa berdisiplin.
3.Melahirkan pelajar-pelajar yang cergas tubuh badan dan cerdas akal fikiran.

AKTIVITI-AKTIVITI:

1.Pelajar pelajar S1C termasuklah pelajar-pelajar S1CT4 berkumpul di dalam Dewan Ibnu Yunus(DIY) tepat jam 3:00 petang.Pelajar pelajar duduk dengan sopan dalam barisan kelas masing masing.Semua pelajar memberi tumpuan dan mendengar taklimat-taklimat  daripada pensyarah-pensyarah.




2.Pelajar-pelajar membuat barisan lurus mengikut kelas.Seorang pelajar telah dipilih secara rawak untuk menjadi komander.Pelajar-pelajar berkawad dengan bersemangat.




3.Pelajar-pelajar melakukan aktiviti berkawad dalam masa 45 minit.Antara arahan asas kawad kaki yang berjaya dilakukan oleh pelajar-pelajar S1C ialah berdiri tegak dalam keadaan rehatkan diri,berdiri tegak dalam keadaan sedia dan hentak kaki.Pelajar-pelajar juga telah  berjaya menghentak kaki dengan seragam.


4.Setelah selesai melakukan aktiviti berkawad selama 45 minit,pelajar-pelajar diarahkan untuk melakukan riadah dan aktiviti bebas.



 
bermain badminton
 
 
bermain squasy
 
5.Tepat jam 5.00 petang,pelajar-pelajar dibenarkan pulang. 
 








Friday, 26 August 2016

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU KE8


KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN SESI 2016/2017. 

TAJUK : LATIHAN MENDAKI BUKIT 
TARIKH : 20 OGOS 2016
MASA : 3:00-5:00 PETANG
TEMPAT: DEWAN IBNU YUNUS
NAMA PENSYARAH :NOORHAZLINA FAIRUZ BT FAUZI

SENARAI NAMA PELAJAR: 
•Syamil Izzudin bin Sahaimi
MS1624637829
•Muhammad bin Baharudin
MS1624638426
•Muhd Zulhakim bin Mohd Nadir
MS1624671624
•Mimi Hasmida bt Din
MS1624638130
•Majdah bt Mohd Rahim
MS1624671548
•Diyanah bt Mohaidin Ghani
MS1624671730
•Anis Aqilah bt Mohd Rozi
MS1624638350
•Nur Farahiyah bt Mohd Roslan
MS1624638239
•Suraya bt Mohd Dan
MS1624638840
•Najwa Shahada bt Azman
MS1624637760
•Nur Kamariah bt Abd Malik
MS1624637834

OBJEKTIF :
1) Melatih pelajar untuk bersifat sabar dan berani dalam mengharungi pelbagai rintangan. 
2)Melatih pelajar bekerjasama.

AKTIVITI: 
1) Tepat jam 3 petang,pelajar segera berhimpun di Dewan Ibnu Yunus dan beratur mengikut praktikum. Pelajar yang terlibat adalah S1C.

2) Pensyarah kokurikulum memberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan pada minggu ini. Kehadiran pelajar disemak.

3) Pensyarah menekankan tentang keselamatan ketika menaiki bukit. Antara keselamatan yang ditekankan adalah : 
a- sentiasa bergerak dalam kumpulan agar tidal berlaku sebarang kes.
b-tidak mengambil sebarang kehidupan yang ada di dalam hutan..

4) Selepas selesai aktiviti mendaki,pnsyarah membenarkan pelajar untuk berehat. 

5) Pada pukul 4:45,pelajar dibenarkan untuk bersurai. 






selesai latihan  mendaki bukit

LAPORAN MINGGU KE- 7

TAJUK:TUGASAN BANTU MULA
TARIKH:14.OGOS.2016
MASA:3.00-5.00 PETANG
TEMPAT:DEWAN IBNU YUNUS



1)Tempat jam 3.00 petang semua pelajar S1C berkumpul di dewan ibnu yunus untuk mengikuti kelas kokurikulum.Para pelajar dikehendaki beratur mengikut kelas masing -masing.

2)Pada minggu tersebut pensyarah telah memberi satu tugasan yang perlu dilakukan dengan kerjasama ahli kelas masing-masing untuk menyiapkan tugasan iaitu TUGASAN BANTU MULA dalam tempoh selama seminggu.







                       KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN


TAJUK : BANTU MULA 
NAMA PENSYARAH :MADAM NOORHAZLINA                                                               FAIRUZ  BINTI FAUZI
TUTORAN : S1CT4












SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN

1.  SYAMIL IZZUDIN BIN SAHAIMI   MS1624637829
2.  MUHAMMAD BIN BAHARUDIN   MS1624638426
3.  MOHAMMAD ZULHAKIM BIN MOHD NASIR MS1624671645
4.  MAJDAH BINTI MHD RAHIM        MS1624671548
5.  DIYANAH BINTI MOHAIDIN GANI MS1624671730
6.  ANIS AQILAH BINTI MOHD ROZI  MS1624638350
7.  MIMI HASMIDA BINTI DIN        MS1624638130
8.  NUR FARAHIYAH BINTI MOHD ROSLAN  MS1624638239
9.  SURAYA BT MOHD DAN             MS1624638840
10.    NAJWA SHAHADA BT AZMAN     MS1624637760
11.    NUR KAMARIAH BT ABD. MALIK MS1624637834



                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         


                    PENGENALAN

Bantu mula merupakan  satu bidang pengajaran yang memberikan pendedahan mengenai cara –cara menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan  sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.Kemahiran bantu mula ini merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari oleh semua pelajar.







                      OBJEKTIF  
1.Mengenali ilmu bantu mula      
2.Mengaplikasikan teori pembelajaran dalam sesi praktikum.
3.Menyatakan rasional dan tindakan lakuan bantu mula yang diberikan.
4.Penglibatan diri yang optimum dalam kes kokurikulum
5.Kemahiran beromunikasi  yang berkesan







A. APAKAH PERBEZAAN DIANTARA KECEDERAAN PATAH DALAMAN DAN KECEDERAAN TERSELIUH.



Maksud Kepatahan
> Merupakan salah satu kecederaan yang sering dialami oleh mangsa kemalangan.

Maksud TERSELIUH
> Kecederaan pada sendi akibat rentakkan yang kuat dan mengejut.









Patah tebahagi kepada dua:

Patah tertutup  tulang patah di dalam dan tiada kecederaan kulit

Patah terbuka tulang yang patah akan menonjol keluar pada permukaan kulit



Ciri-ciri patah

Patah melarat – patah tulang yang mengakibatkan organ di sekelilingnya rosak. Contohnya, paru-paru rosak disebabkan patah tulang rusuk atau kerosakan otak disebabkan tengkorak pecah.

Patah rebung – hanya sebahagian daripada tulang yang patah. Ia berlaku apabila tulang kanak-kanak yang muda dan baru membesar itu cedera. Ia mungkin kelihatan bengkok seperti ranting muda dan lembut.


Tanda-tanda patah

1.Sakit di tempat patah atau berhampiran dengannya

2.Bengkak berserta lebam

3.Hilang daya pergerakan pada bahagian cedera

4.Perubahan rupa bentuk. Ini dapat dibandingkan di antara lengan tangan serta kaki yang cedera dengan anggota yang tidak cedera

5.Wujudnya tanda-tanda renjatan


Apa yang perlu dilakukan?

-Sokong dan ampu bahagian cedera dan elakkan gerakan pada bahagian tersebut

-Tutup mana-mana luka dengan kain bebat suci hama

-Sokong bahagian cedera dalam posisi yang sangat selesa. Jika patah lengan, rehatkan bahagian tersebut menggunakan bantal atau kusyen

-Guna bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan seperti bebat jari yang patah kepada jari di sebelahnya

-Dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera



Jenis- jenis PATAH


1. Patah tertutup ( kulit permukaan tidak luka)


2. Patah terbuka ( terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang)


3. Patah berkomlplikasi (melarat) ( kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti otak,paru-paru dan lain-lain)


4. Patah ranting muda ( terjadi di kalangan kanak-kanak)


5. Patah penghancuran ( tulang patah lebih dari dua)


6. Patah simple ( tulang patah dua sahaja)


Tanda- tanda kecederaan tulang

1. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.


2. Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.


3. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.


4. Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera


5. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.


6. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot.


7. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.



Dalam Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong separuh pada bahagian 2 penjuru bertentangan.













Lipatan lebar - Lipat dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan.

Lipatan kecil - Lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka kecil.

Lipatan pelapik - Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan












KERETAKAN TULANG

Tulang yang retak ataupun pecah dipanggil patah. Biasanya amat sukar untuk mengenalpasti sama ada tulang tersebut retak atau pecah. Jika ragu, kecederaan tersebut mesti dirawat sebagaimana rawatan patah.

Punca Patah Tulang.

1.Kekuatan hentakan tepat (direct force) – patah berlaku ditempat yang menerima hentakan

2.Kekuatan hentakan sipi (indirect force) - patah berlaku ditempat yang menerima hentakan


TERKEHEL

Selepas sesuatu pergerakan yang tidak semena-mena serta luar biasa, tulang di bahagian sendi mungkin terkehel. Ia diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat serta bengkak.

Berkemungkinan hilang daya upaya di tempat cedera.

Kadang kala mungkin ada tulang yang cedera di bahagian tersebut atau berhampiran dengannya.

Oleh itu, elakkan merawat tempat terkehel kerana ia akan menyebabkan kehilangan daya rasa atau pergerakan oleh tekanan di atas urat saraf berhampiran atau saraf saluran darah.


Apa yang perlu dilakukan?

1. Bantu pesakit supaya berkedudukan dalam posisi yang sangat selesa

2. Tinggikan bahagian kecederaan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak

3. Jika berasa ragu, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah

4. Lakukan demahan sejuk atau pek ais. Letak demahan di atas tempat cedera selama 20 minit untuk setiap 4 jam




2. PATUTKAH APLIKASI “ICE” DIBERIKAN KEPADA MANGSA YANG MENGALAMI KECEDERAAN PATAH TERBUKA.
    

     Aplikasi ICE tidak perlu dilakukan kepada mangsa yang mengalami kecederaan patah terbuka.

PATAH TERBUKA
  -tulang yang patah akan menonjol keluar pada permukaan kulit.

TANDA- TANDA PATAH 
 -sakit di tempat patah 
 -hilang daya pergerakan pada bahagian kecederaan

APA YANG PERLU DILAKUKAN?
-sokong dan ampu bahagian cedera dan elakkan pergerakan pada bahagian tersebut.
-sokong pada bahagian cedera dengan keadaan posisi yang selesa
-dapatkan rawatan dengan segera






3.APAKAH IKATAN YANG SESUAI UNTUK MEMATIKAN IKATAN ANDUH.

























4.APAKAH MAKSUD ISTILAH T.O.T.A.P.S DAN R.I.C.E

T.O.T.A.P.S adalah satu kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa

T = Talk (Bercakap)
 Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa . Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti “ Di mana bahagian yg sakit / tempat tercedera? .....” “peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? .....” “boleh dengar atau tidak !”

O = Observe (Melihat Keadaan)
 Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan mangsa

 T = Touch (Sentuh)
 Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.

 A = Active Movement (Pergerakan Aktif)
 Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dgn segera


 P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)
 Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius

 S = Skill (Kemahiran)
 Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran permainan yg mudah untuk memastikan tahap kecederaan yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.

Definisi RICE
RICE merupakan kepanjangan dari Rest(istirahat), ice(ais), compression (kompresi), dan elevation(elevasi). Komponen RICE mempunyai peranan masing masing kerana mempunyai fungsi tertentu sehingga saling melengkapi untuk menangani cedera. Menangani kecederaan pada masa ini sangat signifikan fungsinnya sebagai faktor penentu lamanya proses kesembuhan mangsa. Apabila ada tindakan pertama yang salah dalam menangani cedera, hal itu akan memberi kesan tempoh yang lama dan proses penyembuhan kecederaan tersebut. Untuk itu prinsip RICE ini sangat penting dalam segala jenis menangani kecederaan. Apakah kecederaan olahraga, kecederaan pekerjaan ataupun kecederaan aktifitas keseharian. Perlaksanaan RICE sebagai berikut :
1.RICE pertama adalah Rest (rehat) yang bererti mengistirahatkan fungsi bahagian extremitas yang cedera untuk mengurangkan kecederaan ataupun penambahan kecederaan agar mangsa cedera tidak bertambah kesakitan. Oleh itu, mangsa disarankan adalah istirahat.
2.RICE yang kedua adalah Ice(ais). Pemakaian medium ais sebagai salah satu  dari prinsip RICE adalah sangat penting peranannya. Penggunaan ais sangat diperlukan saat kecederaan terjadi. Kerana saat kecederaan pasti terjadi pembengkakan atau rosaknya pembuluh darah. Dan penanganan yang tepat adalah dengan ais.
3.RICE ketiga adalah compression/kompresi. Kompresi merupakan tindakan pembalutan bahagian yang cedera dengan bandage untuk menghindari penumpukan cairan yang disebabkan oleh pembengkakan.
4.RICE yang terakhir adalah elevation/elevasi. Elevasi merupakan komponen terakhir yang berfungsi atau bertujuan sebagai fasilitator suplai darah melalui pembuluh darah melalui pembuluh darah balik (vena) dari extremitas (lengan atau tungkai) kearah jantung. Pembengkakan di extremitas biasanya terjadi kerana tidak lancarnya pembuluh darah balik tersebut.



  5.NAMA DAN LABELKAN SECARA BERGAMBAR          BAHAGIAN TULANG DI LENGAN HINGGA KE JARI.





















                                                                                                                                                                         

Friday, 12 August 2016

LAPORAN MINGGU KE-6

TAJUK : AKTIVITI BEBAS
TARIKH : 6 OGOS 2016
MASA : 3.00 - 5.00 PTG
TEMPAT : DEWAN IBNU YUNUS


1.) Pihak KMKt telah memutuskan hari Sabtu, bersamaan 6 Ogos 2016 merupakan kelas ganti bagi cuti perayaan aidilfitri yang lalu. Semua pelajar diwajibkan menghadiri kelas dengan menggunakan jadual pada hari Ahad.

2.) Tepat jam 3.00 petang. para pelajar S1C berkumpul di  dalam Dewan Ibnu Yunus (DIY) bagi mengikuti kelas kokurikulum. Para pelajar dikehendaki beratur mengikut praktikum masing-masing. Para pensyarah kokurikulum memberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan.

3.) Para pensyarah kokurikulum memberi kelonggaran kepada para pelajar S1C untuk melakukan aktiviti bebas seperti bermain skuasy, badminton, bola keranjang, dan ping pong sepanjang waktu kokurikulum pada hari tersebut.

4.) Sebelum memulakan sebarang aktiviti, para pelajar dikehendaki melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan diri daripada kecederaan yang serius dan kekejangan otot. Para pelajar boleh mendapatkan dan merekod peralatan sukan yang diambil di stor sukan.


Para pelajar mendengar taklimat daripada pensyarah kokurikulum










Gelanggang skuasy


Thursday, 4 August 2016

LAPORAN MINGGU KE-5

TAJUK : BANTU MULA
TARIKH : 31 JULAI 2016
MASA : 3.00 - 5.00 PTG
TEMPAT : DEWAN IBNU YUNUS


1) Para pelajar S1C berkumpul di Dewan Ibnu Yunus bagi menjalani kelas kokurikulum.Para pensyarah kokurikulum memberi penerangan tentang bantu mula.

2) Para pensyarah menerangkan tentang jenis-jenis kecemasan yang sering berlaku dan mereka juga memperkenalkan kain anduh, iaitu kain yang digunakan untuk membalut pada tempat-tempat yang mengalami kecederaan. 

3) Para pensyarah menerangkan tentang. Ikatan buku sila yang dapat digunakan kepada semua jenis balutan

4) Setiap praktikum diminta untuk menghantar dua orang wakil untuk menunjukkan cara pengikatan mengikut situasi yang diberikan oleh pensyarah

5) Sementara itu, pelajar-pelajar lain diberikan kain anduh untuk berlatih dan membuat persediaan sebelum dipanggil ke hadapan. Setelah selesai situasi satu, dua orang pelajar lain dipanggil ke hadapan dan mereka diberikan situasi kecemasan yang berbeza dari situasi satu.